Friday, May 19, 2017

Lindungi Diri Daripada Ransomware

Pastinya  anda telahpun dengar berita tentang virus komputer baharu yang digelar WannaCry, virus ini sedang merebak dan menyerang syarikat-syarikat dan sistem komputer di seluruh dunia.

WannaCry adalah sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ransomware, ia akan menguncikan fail-fail di dalam sistem dan kemudian meminta wang tebusan untuk “membuka akses”. Syarikat Mary Kay telahpun menguatkan sistem-sistem syarikat terhadap virus komputer ini beberapa minggu yang lalu dan masih memerhati keadaan semasa. 

Oleh demikian, kami mencadangkan anda agar mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi sistem di rumah anda:
  1. Pastikan anda mengemaskini sistem operasi anda dengan menerima pengemaskinian automatik rasmi.
  2. Berhati-hati dengan emel yang diterima, terutamanya emel tersebut dihantar daripada penghantar yang tidak diketahui dan meminta anda klik pada pautan atau buka lampiran di dalam emel.
  3. Mengaktifkan perisian antivirus di komputer/peranti anda dan pastikan ia adalah versi terkini.
  4. Pastikan anda menyimpan salinan fail-fail penting anda di dalam cakera keras luaran atau menggunakan perkhidmatan penyimpanan cloud . 
Ia dapat membantu anda memulihkan fail-fail anda tanpa perlu membayar wang tebusan untuk mengembalikan fail-fail anda.

Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, sesetengah orang yang membayar wang tebusan juga tidak dapat memulihkan fail-failnya.

No comments:

Post a Comment